Gambar 1.1: Koko zuriat, gabungan ekstrak buah koko dan buah zuriat Mekah.
Pokok Koko (Buah Koko)
Gambar 1.2: Buah Koko, Theobroma cacao boleh dijadikan sebagai coklat dan minuman.
Koko atau nama saintifiknya Theobroma cacao dari keluarga Sterculiaceae adalah sejenis yang boleh ditanam di Malaysia. Pokok koko mempunyai buah yang mana buah tersebut boleh diambil untuk dibuat coklat dan minuman koko.
Buah koko mempunyai pelbagai khasiat terutama sekali untuk meningkatkan kesuburan bagi pasangan yang tengah ikhtiar hamil. Buah koko kaya dengan antioksidan dan juga flavonoid yang mana boleh bantu untuk tingkatkan kualiti sperma dan juga ovum isteri.
Selain itu, buah koko juga boleh bantu untuk tambah tenaga kerana ianya mengandungi magnesium yang boleh melawan keletihan. Seterusnya, dalam buah koko mempunyai polifenol yang mana boleh mengurangkan stress dan depression serta boleh menaikkan mood bahagia dalam badan. Akhir sekali, buah koko telah dikenal pasti dapat bantu untuk menstabilkan tekanan darah, kolestrol serta dapat menyihatkan kesihatan jantung dan sangat membantu ibu-ibu hamil yang mengalami masalah tersebut.
Buah Zuriat (Buah Adam Hawa)
Gambar 1.3: Buah Zuriat, Hyphaene thebaica kaya dengan antioksidan menjaga kualiti sperma dan mematangkan telur ovum wanita
Buah zuriat atau nama saintifiknya Hyphaene thebaica, juga dipanggil sebagai buah Adam Hawa. Kulitnya yang bersifat sangat keras namun mempunyai biji buah yang dimakan. Buah zuriat banyak tumbuh di kawasan luar negara iaitu salah satunya Tanah Arab, Mesir.
Kandungan buah zuriat sangat meriah dengan nutrisi penting iaitu fibre (serat), karbohidrat kompleks, vitamin B, mineral serta mempunyai antioksidan tinggi, antibakteria yang mana memberi manfaat yang banyak khususnya untuk kesuburan suami isteri.
Buah zuriat ni kaya dengan antioksidan yang mana dapat halang dari radikal bebas (oxidative stress). Ini kerana radikal bebas dalam badan ini akan menyebabkan kerosakan pada sel. Ini akan menyebabkan tahap kesuburan lelaki dan wanita menurun kerana radikal bebas telah mempengaruhi kualiti sperma, proses mematangkan telur ovum seterusnya akan menjejaskan perkembangan embrio dimana akan merendahkan potensi kehamilan untuk terjadi.
Oleh yang demikian, ini terbukti bahawa kandungan antioksidan dalam buah zuriat mampu menghasilkan sel-sel yang baru, termasuk sel-sel yang ada di dalam sistem reproduksi. Justeru itu, akan meningkatkan peluang untuk kehamilan.
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Koko Zuriat Minuman Kesuburan Keluaran Mamariam
Oleh yang demikian, buah zuriat ni kaya dengan nutrisi yang meriah untuk kesuburan pasangan yang tengah ikhtiar hamil. HQ Mamariam berjaya keluarkan satu minuman berkhasiat yang diberi nama "Koko Zuriat" iaitu hasil gabungan ekstrak buah koko dan buah zuriat.
Disebabkan buah zuriat ini permintaan sangat tinggi dan proses untuk menghasilkan ramuannya sangat rumit sekali, justeru itu pihak HQ Mamariam sekali lagi telah bertungkus lumus membuat R&D mengenai produk ini dan berjaya menghasilkan formula "Koko Zuriat" untuk pasangan ikhtiar hamil. Dengan ini, sedikit sebanyak dapat bantu pasangan TTC yang sekian lama ingin mencuba buah zuriat tanpa melalui proses yang sangat banyak.
Sumber: 1) https://myagri.com.my/2017/09/tanaman-koko 2) https://www.popmama.com/pregnancy/getting-pregnant/bella-lesmana/manfaat-kakao-untuk-program-kehamilan-yang-kaya-flavonoid?page=all 3) https://www.alodokter.com/buah-zuriat-bikin-cepat-hamil-cek-dulu-faktanya-di-sini |
Comments
Post a Comment